Saturday, May 30, 2009

Guru Malaysia

GURU DAN ALAM PENDIDIKAN BARU

Peranan dan Tanggungjawab Guru dalam Alam Pendidikan

Kaum guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah.Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak kurang penting,malah amat amat penting dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.Antara peranan dan tanggungjawab guru ialah:

Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah
Sebagai pemudahcara pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar secara individu atau secara kumpulan.
Sebagai pengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah
Sebagai ibu bapa kepada murid-murid,demi menjaga keselamatan dan menjaga kebajikan.
Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawap menjaga disiplin murid-murid serta membantu mereka membentuk sahsia
Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid.
Sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid
Sebagai penasihat dalan aktiviti kokurikulum dengan membimbing mereka menjalankan aktiviti persatuan,kelab dan unit berunifom.

Dalam sejarah perkembangan pendidikan,sering wujud pelbagai konsep mengenai ilmu.
Ilmu,mengikut tafsiran Confucius(551-475 S.M),seorang tokoh pendidik yang terkenal di negeri China,ialah mempunyai kefahaman dan persatuan sesuatu perkara atau hakikat yang sebenar.
Profesor Syed Muhammad al-Altas mengatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia.Ilmu boleh memberikan kepuasan kepada jiwa manusia dan menimbulkan keinginan untuk mengejar kebahagian yang bermakna dalam kehidupanya.
Mengikut Sharifah Alaiah Alsagoff,dalam bukunya Falsafah pendidikan,berpendapat ilmu merangkumi beberapa aspek seperti berikut:


1)Ilmu sebagai kepercayaan,pendapat dan kebenaran umum,misalnya agama,adapt,nilai dan sikap asas terhadap hidup
2)Ilmu sebagai kcekapan diri,misalnya kemahiran-kemahiran dalam bidang jasmani,social dan intelek
3)Ilmu yang dilahir daripada kontemplasi,penikmatan dan kajian kendiri,seperti ilmu-ilmu yang bercorak kreativiti

Ilmu merupakan kefahaman yang sebenar dan diperolehi daripada amalan daripada hasil pendapat manusia,melalui pengalaman atau kajian secara sistematik mengikut kaedah sains.
Sumber ilmu adalah diperolehi daripada amalan hidup manusia,dan dalam proses amalan itu,ilmu terus berkembang.Amalan atau mengaplikasikan ilmu menjadi pengukur piawai untuk membuktikan kesahihannya.
Ilmu merupakan alat yang utama dan mengadungi nilai yang berharga kepada manusia,kerana ilmu dapat mengubah manusia diri daripada jahil kepada pengetahuan,bebal kepada cerdik,mundur kepada maju dan derita kepada bahagia.
Seseorang yang berilmu pengetahuan bukan sahaja memperolehi pengetahuan,kebenaran dan keyakinan tetapi juga kesanggupan menggunakan ilmunya untuk menegakkan kebenaran kepada keluarga, masyarakat dan negara.



Konsep Kemahiran Profesional

Seseoarang professional yang mempunyai kemahiran professional adalah orang yang telah mempunyai sijil bertauliah daripada latihan ikhtisas yang diiktiraf.Sijil bertauliah ini adalah bukti kesanggupan seseorang memberi perkhidmatan yang bermuthu tinggi dan boleh dipercayai melaksanakan tugas yang dipertanggungjawapkan dengan bermutu dan sempurna.

Umpamanya,mengajar ialah pekerjaan yang melibatkan intelek dan tindakan professional.Seorang guru terlatih hendaklah mempunyai mempnyai pengetahuan yang luas,kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap.

Guru yang memperolehi kemahiran profesioanal adalah guru yang bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran,bimbingan dan aktiviti kokurikulum berlandaskan amalan teori-teori pendidikan.


GURU SEBAGAI PEMBENTUK NILAI

Nilai merupakan criteria bagi kita mengukur atau mempertimbangkan harga atau pengakuan tentang mutunya sesuatu benda.Nilai membawa maksud kebolehan dan kebaikan seseorang.

Konsep nilai adalah berkait dengan moral,prinsip atau kelakuan orang,khasnya pelajar-pelajar di sekolah.Nilai pelajar sama ada baik,wajar atau tidak wajar dan dibenci.

Nilai moral yang baik,wajar dan diingini boleh dibentuk dengan berbagai-bagai cara,iaitu melalui contoh teladan,norma,adapt resam dan percayaan masyarakat,peraturan dan undang-undang.hukuman dan ganjaran dan pendidikan.

Nilai-nilai individu biasanya dibina daripada pengalaman-pengalaman yang dialaminya dari semasa ke semasa.Oleh itu,nilai-nilai diri sentiasa berubah mengikut peredaran masa.


PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan.Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif.Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor.Oleh itu peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia,khasanya generasi muda.Untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam dan kemahiran yang dififirkan sesuai menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.

Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi juga menanam sikap,nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat.Bagaimana,pada masa kini masyarakat perindustrian yang maju dalam bidang teknologu sedang mengalami perubahan sisial yang pesat.

Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata,tetapi juga menanam sikap,nilai dan sahsia yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat.Pada masa kini,masyarakat perindustrian yang maju dalam bidang teknologi sedang mengalami perubahan sosial yang pesat.

PERANAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Pada zaman moden ini,guru adalah dipertanggungjawap untuk memberi pendidikan moden menghasilkan perubahan ke atas kendiri muridnya.Sekolah merupakan yang utama sebagai saty aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah muridnya,sesuai dengan perkembangan dan keperluan masyarakat.

Sekolah yang berwibawa danresponsif mesti bersifat dinamik.Unsur ini akan menggerakn dan membolehkan sekolah sentiasa dalam keadaan yang segar,hidup,berkembang dan terus maju,selaras dengan keperluan zaman dan negara mengikut peredaran masa.

Di Malaysia,sekolah telah mengalami beberapa peringkat evolusi kerana refomasi atas sistem pendidikan yang dilancarkan selepas Merdeka,

Pelaksanaan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan pada tahun 1963
Pelaksanaan Program Sains Panduan dan Matematik Moden sebagai sukatan pelajaran baru untuk sekolah menengah pada tahun 1971
Pelaksanaan Program KBSM di sekolah menengah pada tahun 1989

Refomasi-refomasi pendidikan seperti ini telah membekalkan darah dan semangat untuk menggerakan sekolah mengubah dan berkembang mengikut strategi yang disarankan.Perubahan dan pendidikan di Malaysia bermakna menukar dari kebiasaan dan rutin ke satu bidang yang baru
Daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang autokratik kepada demokratik
Daripada perkhidmatan rutin kepada perkhidmatan penyayang
Daripada strategi berpusatan guru aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada strategi berpusatan murid

GURU SEBAGAI PERGGERAK MASYARAKAT

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan.Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan memounyai daya kreatif.Guru memikul tanggungjawap terhadap masyarakat sebagai agen sosialisis dan penyebar budaya ilmu yang membawa perkembangan dan kemajuan sekolah dan masyarakat.

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat.sekolah merupakan pengaruh yang utama sebagai satu aspek alam sekeliling mendatangkan kesan di dalam penguasaan ilmu baru.

Guru juga memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan.Ini bermakna,guru sebagai penggerak masyarakat perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan proses pembaruan.

Sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.Pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan seterusnya dapat memberi sumbangan.Persnsn guru perkembangan masyarakat dan invotor adalah penting untuk membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju ke arah kejayaan dan kegemilangan.

GURU SEBAGAI PEMBINA NEGARA

Masyarakat Malaysia adalah majmuk,terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza.Di antara kaum-kaum ini pula terdapat berbezaan penempatan kawasan seperti bandar,luar bandar,estet,kampung,petani dan kampung nelayan.
Atas kesedaran ini,Malaysia telah merangka Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat.Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama:
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembangaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan Kesusilaan


Melandaskan kepada Rukun Negara ini,Malaysia berazam untuk:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat
Memelihara satu cara hidup demokrasi
Mempunyai satu cara kebudayaan nasional yang karya dan berbagai corak
Membina satu masyarakat maju yang menggunakan sains dan teknologi moden
Guru sebagai pakar rujuk

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Disamping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu merupakan peranan utama dalam bidang profesionnya.

Guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khusus dan kemahiran mengajar seperti :-

Ø Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan teori pembelajaran dan psikologi manusia
Ø Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala
Ø Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam matapelajaran yang diajar.
Ø Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka


Guru sebagai seorang pakar rujuk perlu memilikiciri-ciri yang berikut :-
a) kecemerlangan peribadi
- memiliki sahsiah diri, integriti diri, kemahiran emosi dan lain-lain yang boleh diteladani
- menjadi role model kepada pelajar dan masyarakat
b) kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran
- memiliki dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
keguruan yang tinggi.
- bijak mengurus masa, bahan, sumber, alatan pengajaran
dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan
masalah serta menyediakan program tindakan susulan.
c) kecemerlangan Kerja
- berupaya meningkatkan hasil pembelajaran murid
menerusi peningkatan minat dan penglibatan murid;
menerusi kejayaan dalam membimbing muird di dalam
dan di luar waktu pengajaran.
d) kecemerlangan potensi
- guru yang berwawasan; sentiasa belajar untuk
peningkatan kerjaya ; sentiasa terlibat dalam kursus,
seminar dan bengkel
- sentiasa menyumbang tenaga dan kepakaran ke arah
kejayaan sekolah dan negara.

No comments:

Post a Comment