Saturday, May 30, 2009

TANGGUNGJAWAB GURU

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU SEBAGAI PROFESIONAL

Perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan , tugas dan kelayakan sebagai guru. Misalnya , masyarakat menyanjung sifat – sifat keguruan yang luhur. Berdasarkan konsep profesion, perguruan dan keguruan dihuraikan diatas, maka profesion perguruan boleh dierti katakan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang lebih tinggi dan latihan khas, misalnya latihan yang dijalankan dalam institut perguruan. Ini bermakna guru sebagai profesional merupakan orang yang mengamalkan ilmu pengetahuan , pengetahuan , kepakaran dan kemahirannya dalam profesion keguruan.

Peranan tang di mainkan oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat penting dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Antara peranan dan tanggungjawab guru ialah merancang aktivti pengajaran berdasaarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.

Sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar secara individu ataupun secara kumpulan. Manakala, guru harus mengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak penyusunan meja – kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Bukan setakat itu sahaja guru juga berperanan sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahadian keluarga mereka.

Tambah lagi, guru juga menjadi model hidup dimana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid.Nilai –nilai mur ni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung diterapkan dalam jiwa murid.Sebagai pembimbing dan kaunseler guru dapat memberi nasihat dan bantuan kepada muri yang mhan untuk membantu menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi. Seseorang guru sebagai pemeriksa dan penilai seperti memeriksa buku kerja murid, kertas ujian , peperiksaan dan berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai perestasi murid serta mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan punca kelemahan yang telah dikenalpasti guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi.

Peranan dan tanggungjawab guru termasuk dalam sebagai kerani seperti melakukan kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan, merekod markah-markah ujian,mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan , menulis surat kepada ibu bapa dan kerja-kerja kerani yang lain. Selain itu guru juga berperanan pelajar dengan mengikuti kursus meningkatkan keilmuan profesionalisme keguruan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu pengajarannya. Guru juga harus mempunyai perhubungan sebagai pegawai di antara guru besar dengan murid, diantara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Secara khususnya pula guru berperanan dan bertanggungjawab sebagai pengamal ilmu. Dalam erti kata lain guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid serta memberi petunjuk kearah jalan yang benar sebagai pengamal ilmu.

Guru sebagai pengamal kemahiran profesional harus mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi. Guru yang memperolehi kemahiran profesioanal adalah bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan dan aktiviti ko-kurikulum berlandaskan amalan teori-teori pendidikan. Seorang guru mesti mempunyai pengatahuan yang mendalam tentang matapelajaran yang hendak diajarnya agar penyampaian dalam pengajarannya dapat difahami oleh muri-murid.


Guru sebagai agen sosialisasi. Sehubungan ini guru harus berperanan sebagai penyebar ilmu kemasyarakatan serta membentuk sahsiah yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Tambahan lagi guru juga membentuk masyarakat penyayang serta menjadi rol model kepada muri dan masyarakat.

Guru juga berperanan sebagai agen perubahan. Sebagai agen perubahan guru bertanggungjawab membentukkan akhlak mulia dan jati diri disamping membina kekuatan minda dan kreativiti dikalangan murid dalam usaha mencapai matlamat negara bagi menghadapi pelbagai cabaran dunia tanpa sempadan.

Guru sebagai pakar rujuk serta seorang profesional, wajarlah sentiasa belajar dan meningkatkan keupayaan agar dapat menjadi pakar rujuk bukan sahaja kepada murid tetapi juga kepada rakan sejawatan. Guru sebagai seoarang pakar rujuk perlu memiliki ciri-ciri seperti kemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran, kecemerlangan dalam kerja, kecemerlangan berkomunikasi dan mempunyai potensi untuk menyumbang tenaga kearah kejayaan sekolah dan negara.

Peranan guru sebagai pembimbing (mentor) ialah menutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. Guru juga harus membimbing dan mengajar muri-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran. Guru hendaklah membimbing murid-murid yang menhadapi masalah agar mereka dapat membina sifat keyakinan diri dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif.

Guru sebagai penyelidik, salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran bilik darjah. Di dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan jumpa masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, guru bolehlah berkerja sama dengan rakan-rakan sejawat untuk menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah penyelidikan tindakan .

5 comments:

  1. asalammualikum saudara.saya disini meminta izin untuk menjadikan laman ini untuk menjadi rujukan saya.Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam bole tau rujukan dari mana ?

    ReplyDelete
  3. salam tuan saya minta izin untuk rujukan

    ReplyDelete